#Isu Semasa

Baca Lagi

#Tazkirah

Baca Lagi

Saturday, 3 January 2015

Ya Habibi Ya Rasulallah


'' Anwar  . . Hang nak tahu something yang special tak ? ''

'' Ehh mestilahh nak. Apa dia ? ''

" Tak lama lagi, kita nak sambut Maulid Nabi. Hari ini 10 Rabiulawal lagi 2 hari je weyy .''

'' Haaa ! Betul tuu. Kalau macam tuu , Jom kita pi Maulid . Amacam ?"

" Alright. No problem. "


**********
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Tanggal 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang special bagi umat Islam di seluruh planet dan semua mahluk yang ada di langit dan bumi.

Kenapa special sangat? 1 Syawal lagi special. Sebab hari raya Aidilfitri. 

Sebenarnya, tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April bersamaan 571 masihi. Tanggal tarikh keramat inilah telah lahirnya seorang insan yang sangat hebat di muka bumi ini. Kelahirannya  membawa  seribu erti kepada semua penduduk langit dan bumi.

Siapa insan yang sangat special tu ? Insan itu ialah Nabi kita. Nabi Muhammad . Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim di mana bapanya telah meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya.

Walaupun tarikh kelahiran baginda ini ada khilaf daripada Ulama' tapi kita ambil pendapat yang masyhur.  

Menurut Mufti Mesir Sheikh Ali Al Jum'ah terdapat juga kajian ahli falak yang bernama Dabbah di dalam kitabnya ' Taqwim 'Am bi Khamsati Alafi 'Am' Yang mengesahkkan bahawa 22 April jatuh pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal .

Nabi Muhammad ini dia sangat special kerana kelahirannya membawa rahmat kepada seluruh alam. Kita sendiri dapat lihat dimana ketika Nabi bersama dengan ibu susuannya kambingkambing ibu susuannya menjadi sihat dan membiak.

Sesungguhnya Allah ada berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud :

"Dan kami tidak mengutuskan kau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat untuk seluruh alam."

Nak dengar satu kisah ? Kisah ini diceritakan oleh Habib Ali AlHamid. 

Ketika Zaman Nabi  Ibrahim, Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Allah.

''Ya Allah , Engkau lahirkanlah Rasul dikalangan penduduk Mekah suatu hari nanti.''

Setelah beribu kurun tahun selepas pada Zaman Nabi Ibrahim, maka  lahirlah Rasulullah pada waktu itu dilahirkan di Mekah.

Rasulullah berkata '' Aku ini berkat daripada doa dakwahnya Nabi Ibrahim.''

Nabi Ibrahim tahu  bahawa akan lahir seorang Nabi dan Rasul selepas pada zamannya. Sesungguhnya mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak akan dihina oleh Allah di akhirat kelak. 

*tamat*

Nabi Muhammad telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu. Tapi sayangnya Baginda kepada kita Nabi tinggalkan kita dengan  Al-Quran  dan Sunnah supaya kita tidak akan tersesat. 

Sabda Nabi Muhammad, mafhumnya:

''Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selagi mana kamu berpegang kepadanya iaitu Al Quran dan Sunnah."

Sunnah tuu apa ? Boleh habaq tak ?

Mengikut ahli fuqaha' Sunnah itu sunat apabila kita buat kita dapat pahala jika kita meninggalkannya kita tidak berdosa.

Mengikut ahli usuli : Sunnah itu ialah setiap perbuatan pengakuan dan perkataan yang datang daripada Nabi Muhammad. Ia merupakan sumber hukum yang kedua.

Mengikut Muhaddisin : sunnah itu apa yang datang daripada Nabi Muhammad. 

Sunnah itu pada asasnya terbahagi kepada dua iaitu : 
  • Sunnah فعلية .
Sunah  فعلية ialah sunnah yang Nabi buat kita pun ikut buat. Contohnya, Nabi akan tidur sebentar sebelum Zuhur  jika kita ikut sama maka itu dikira sunnah  فعلية.
  • Sunnah تركية
Sunnah تركية ialah sunnah yang ditinggalkan . Apa sahaja yang Nabi tinggalkan sunnah kita tinggalkan.

''Apakah hukum kita merayakan maulid ni ? Ada orang kata bidaah?"

Sebenarnya, hukum menyambut Maulidur Rasul ini harus bukan bidaah. Bidaah itu bukan suatu hukum tapi ia merupakan umur yakni iaitu urusan dalam agama.

Imam Al Sayuti di dalam kitab Al Hawi li Al Fatawi daripada Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al Asqalani berkenan dengan Sambutan Maulid Nabi, lalu beliau menjawab.

'' Asal sambutan maulid ini adalah bidaah yang tidak pernah dinukilkan oleh seorang pun daripada kalangan Al Salaf Al Soleh (salafussoleh) pada tiga kurun pertama hijrah. Namun sambutan itu mengandungi perkara perkara kebaikan dan juga perkara perkara yang berlawan dengan kebaikan.Justeru sesiapa yang hanya melakukan perkara kebaikan serta menjauhi perkara yang berlawan dengannya, maka ia dikira bidaah hasanah.''

Bidaah hasanah ini dibolehkan dalam Islam. 

Oleh itu, sempena kita berada dalam bulan Rabiul awal ini perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad. Nabi bersabda mahfuhmnya :

'' Sesungguhnya orang  yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.''



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله وصحبه وسلم 



Tuesday, 30 December 2014

Ardul Fuqaha'


"Errr.. Fizi, aku rindu lah."

"Kau rindu apa lagi ni Mail, melamun je manjang."

"Rindu pondok." 

*Fizi tersedak*

"Aku pun." jawab Fizi pendek.



Ada apa dengan tempat ni? Apa best sangat tentang Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' sampai senior-senior ajak pergi macam nak ajak orang pergi berperang?

Sebab ia memang best lagi mem-best-kan.

dan tak bosan lagi membosankan, malah jauh sungguh dari sifat itu.

Jadi apa sebenarnya menarik kat sini?

Ana yang tak ikut daurah sepenuhnya (yakni dua minggu) pun dapat rasa best-nya.
Malah, rasa menyesal pula. Kenapa? sebab tak ikut daurah seminggu awal.

Ana ni orang biasa-biasa je, menuntut ilmu baru di level rumput, dan ketahuilah level rumput itu sangat dekat dengan tanah (level 0) dan sangat jauh dengan awan (level 100) apatah lagi dengan langit (level 10000). paham tak analogi yang ana bawa ni?

Nak katakan yang orang macam ana ni yang biasa-biasa, yang tak selalu ikut pergi daurah, tak pernah merasa pondok, bila keluar dari daurah, rasa macam terikat dengan majlis ilmu.

Dulu rasa seolah buta, sekarang, baru sedar macam wujud lebih daripada 100 pengajian & daurah kat luar sana, cuma kita tak ambil peluang. sebab kita rasa ilmu dah cukup, dah padat, dah mantap. sedangkan ilmu kita itu sekadar di kertas, bukan di dada. cuma poyo lebih je.

Kisah seminggu di sana, didik kami jadi seorang mujahid.

Kata Al-Fadhil Ustaz Syauqi (seorang muallim di sana), "apa yang antum buat di sini, sama macam apa yang ulama'-ulama' buat, sama macam apa yang para habaib buat, pagi belajau, siang belajau, tengahari belajau, malam belajau."

Belajar dan belajar, tapi ajaibnya, tak pernah rasa letih. Orang yang tak pernah nak mampu duduk dalam majlis berjam-jam tiba-tiba boleh constant duduk bersila 4 jam. Berkat yang Allah nak beri, berkat orang yang berjuang menuntut ilmu.

Kalau nak cerita rutin makan di sini, mungkin anda akan rasa "peghh biar betul" atau "deh selamat aku tak pergi" tapi ini yang mendidik nafsu kami dalam menuntut ilmu, dalam tak rasa mengantuk dalam majlis.

Walaupun makan 3 kali sehari, berlauk ayam mungkin satu atau dua bahagian dan kongsi seramai 5 orang, tapi kenyang itu terasa, sebab apa? sebab dasarnya kesedaran itu ada, dan ingat sentiasa bahawa Allah yang memberi kekenyangan.

Tapi yang paling best, ialah nikmat dalam rasa tak puas menuntut ilmu. Setelah 'graduate' dari Daurah Kubra, ana rasa macam sentiasa dahagakan majlis ilmu. Rasa nak cari dan terus mencari majlis ilmu. Kalau ada kawan ajak tu sangat berlapang dada nak pergi berbanding sebelum-sebelum ni.

Kadang-kadang tersentap dalam hati, "mungkin ini nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang alim." malah lagi teringin rasa nak menjadi alim, tiba-tiba terpasang cita-cita nak jadi macam Imam Ghazali, Imam Nawawi dan sebagainya, cita-cita yang nak jadi pensyarah dan sebagainya seolah terpadam sebentar, dek seronok sangat menuntut ilmu.

Sedikit sebanyak perkongsian, wallahua'lam.

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung